SMIYT KTRG SBT : Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah telah diadakan baru-baru ini. Pelbagai acara telah diadakan seperti sukaneka , nyanyian daripada guru dan banyak lagi.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
SMIYT KTRG SBT : Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah telah diadakan baru-baru ini. Pelbagai acara telah diadakan seperti sukaneka , nyanyian daripada guru dan banyak lagi.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
SMIYT KTRG SBT , 9 Julai : Majlis Khatam Al Quran dan Iftor jamaei telah diadakan petang ini tadi yang dihadiri oleh ibubapa pelajar. Ianya merupakan acara tahunan sekolah.
Tetamu VVIP ialah Tuan Haji Wan Said , Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam JPNT yang diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut, Ustaz Wan Azman , wakil dari Yayasan Terengganu serta pegawai-pegawai yang dijemput. Mereka disambut oleh Pengetua Sekolah Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua Penolong Kanan serta semua guru dan kakitangan.
Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di dewan besar Asyatibi. Selepas selesai menunaikan solat Maghrib semua tetamu serta ibubapa dan guru berbuka puasa di kantin sekolah.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
SMIYT KTRG SBT , 9 Julai : Hari Raya Aidil Fitri akan muncul beberapa hari lagi. Pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk sama-sama membantu keluarga yang miskin dan memberi sumbangan kepada mereka. Hari ini sebanyak 10 sekeluarga di sekitar kampung yang berhampiran menjadi pilihan pihak sekolah. Ada antara mereka yang pernah berkhidmat di sekolah ini yang memerlukan bantuan sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan.
Semoga usaha ini akan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. serta sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan. Amiiin!!!
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
SMIYT KTRG SBT : Program Temu Murni tingkatan 5 telah diadakan baru-baru ini yang dihadiri ibubapa serta guru. Bertujuan untuk berkongsi maklumat serta mendengar tahap pencapaian yang dimaklumkan sendiri oleh guru matapelajaran.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI