Hari Koperasi Sekolah

Slide126SMIYT KTRG SBT , 29 Mei : Hari Koperasi Sekolah telah diadakan pada 28hb.Mei 2015. Sebagi simbolik pelepasan burung telah diadakan sebelum acara dewan dimulakan.

Tuan Haji Yaakob bin Mohamad , Bendahari Koperasi Negeri Terengganu telah merasmikan majlis tersebut.

Slide144Slide90Slide69

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Penanda Aras Dari SMA Shamsul Maarif Al Wataniyyah , Perak

Slide2SMIYT KTRG SBT , 17 Mei : Pagi ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada SMA Shamsul Maarif Al Wataniyyah , Perak Darul Ridzuan. Mereka disambut mesra oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Mohd Amin Faisal , Penolong Kanan Ulul Albab serta Ketua Jabatan Agama, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar.

Tujuan Lawatan rombongan tersebut adalah untuk melihat suasana persekitaran serta pembelajaran pelajar di sekolah ini dan akan membawa pulang maklumat yang diberikan sebagai pendorong kepada pelajar sekolah mereka untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran nanti.

Slide1Slide8Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide9Slide11

Gotong Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu 2015

Slide12SMIYT KTRG SBT , 16 Mei : Sempena menyambut Hari Guru 2015 , satu gotong royong peringkat  Negeri Terengganu telah diadakan pada hari ini.

Sekolah ini juga tidak ketinggalan bagi mengikuti gotong royong ini. Bermula jam 8 pagi semua guru , kakitangan serta pelajar mengambil bahagian. Semoga ianya memberi inspirasi kepada semua warga sekolah serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga sekolah.

Slide9Slide28Slide50Slide15

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

SELAMAT HARI GURU 2015

SAYA SAYANG GURU SAYA

TERIMA  KASIH CIKGU

Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Kunjungi Sekolah

Slide7SMIYT KTRG SBT , 13 Mei : Seramai 28 Pegawai dari Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi. Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta Semua Penolong Kanan dan juga Ketua Jabatan.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan serta pengalaman kepada kumpulan Pentadbir Sekolah.

Slide2Slide4Slide5Slide8Slide9Slide10