news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel SMIYT KTRG SBT , 10 Februari : YB Encik Ghazali bin Taib , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Sains , Teknologi dan Tugas-Tugas Khas telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Semua Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2015 Seluruh SM Imtiaz Yayasan Terengganu hari ini. Ianya diadakan di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.
Mengiringi beliau ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Mohamad bin Sulong , Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Pengetua Sekolah , Pegawai-pegawai Yayasan Terengganu , Semua Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu , Ibuabapa serta guru-guru Imtiaz Yayasan Terengganu.
Tujuan program ini diadakan adalah memberi suntikan motivasi kepada diri pelajar tingkatan satu supaya gembira dan seronok berada di bumi Imtiaz. Disamping itu juga mengintegrasi pelajar tingkatan satu dari pelbagai Imtiaz supaya wujudnya ikatan silaturrahim yang kukuh dikalangan pelajar. Juga memberi penghargaan kepada peserta terbaik minggu suai kenal bagi setiap sekolah imtiaz.
Semua hadiah telah disampaikan oleh YB Encik Ghazali bin Taib.
Tahniah kepada Yayasan Terengganu amnya dan pengurusan Imtiaz khasnya kerana berjaya mengadakan program ini.
Berikut adalah senarai nama penerima Anugerah Tokoh Pelajar Terbaik Minggu Suaikenal
SM Imtiaz YT Besut
1. Che Muhammad Amin Safuan bin Che Zulkifli
2. Syasya Fatini binti Mohamad Izan
SM Imtiaz YT Kuala Berang
1. Ahmad Amirul Haziq bin Rosli
2. Nur Izzah Mahirah bt Hashim
SM Imtaiz YT Dungun
1. Muhammad Afkar bin Nor Alimin
2. Alya Batrisyia binti Khairul Azman
SM Imtiaz YT Kemaman
1. Ahmad Najmie Azmin bin Ab. Salam
2. Az Zahra binti Ali Azlan
SM Imtiaz YT Setiu
1. Haziq Nadzmi bin Amzi
2. Nur Aimi Nadhirah bt Mohd Haizam
SM Imtiaz YT Kuala Nerus
1. Ammar bin Aminuddin
2. Nur Syazni Mardhiyyah binti Amran
SM Imtiaz YT Kuala Terengganu
1. Muhammad Alif Haikal bin Mohd Sabri
2. Nurnajahatul Hawa binti Mohd Hisham
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI