Temuduga Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Kemasukan 2015

Slide18SMIYT KTRG SBT , 16 : Seramai 314 Calon telah menduduki temuduga bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 kemasukan 2015 semalam.

Ibubapa yang sama-sama mengiringi pelajar tersebut amat terharu dengan layanan yang diberikan sepanjang tempoh tersebut. Temuduga ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ujian hafazan dan juga ujian bertulis.

Pihak pengurusan sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas yang menjalankan tugas dengan sempurna sepanjang temuduga itu.

Slide5Slide8Slide45

 VIDEO

Gambar selanjutnya sila kilik  DI SINI

Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2015

mpp-fhotosope

PPD Hulu Selangor Lawat Sekolah

Slide4SMIYT KTRG SBT , 7 Disember : Seramai 40 pegawai dan anggota kakitangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor telah mengunjungi sekolah hari ini dalam rangka lawatan rasmi.

Rombongan tersebut telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu , Penolong Kanan Pentadbiran , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM serta semua Ketua Jabatan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pelaksanaan dan Pembudayaan Kecemerlangan di sekolah ini yang baru sahaja mendapat Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan.

Slide1 Slide6Slide3Slide2Slide5Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

Slide1KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya sekolah ini telah mencipta sejarah apabila menerima anugerah Kualiti Menteri Pendidikan tahun 2014 bagi kategori Sekolah Luar Bandar yang diadakan pada 20 November baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Yasin Menteri Pendidikan Merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia . Dengan anugerah tersebut SM Imtiaz YT Kuala Terengganu membawa pulang RM50,000.00.

Kepada semua warga pendidik , Kakitangan serta pelajar diucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan Sekolah ini menerima anugerah berprestij itu.

Tahniah dan Syabas!!!

Slide1Slide3Slide2