KUALA LUMPUR , 10 Februari : Program perkongsian ilmu ini banyak memberi impak positif kepada semua guru dan kakitangan yang menyertai lawatan ini. Sesuai dengan sekolah SBT yang perlu kepada pendedahan ilmu bagi menaikkan lagi mutu kerja dan cara-cara bagi melaksanakan tugas dan memahami bagaimana perlu mendapatkan KPI yang tinggi.
Dalam program ini yang bermula 7 hingga 9 februari, rombongan sekolah telah mengadakan lawatan ilmiah ke SMK Aminudin Baki Kuala Lumpur dan juga Universiti Sains Islam Malaysia USIM di Nilai Negeri Sembilan.
Ketika berada di SMK Aminudin Baki Kuala Lumpur, roimbongan kami telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah mereka yang diketuai oleh Puan Latifah binti Mahfod.
Semasa melawat USIM,rombongan kami diraikan oleh Encik Firdsaus Asfhan bin Omar, Penolong Pendaftar Pusat Tamhidi seterusnya melawat perpustakaan USIM.
Di akhir slot Puan Faridah binti Yang Razali, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah memberikan pengenalan mengenai KPI supaya guru dan kakitangan dapat mempertingkatkan lagi sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI