PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION AND DESIGN JOHOR IIID 2015

Slide53Pada 29 hb Oktober  2015, Pasukan L AL Fateh B dengan Kajian/Produk bertajuk The Miracle of Multipurpose Soap: Novely, telah menyertai Pertandingan International Invention, Innovation & Design Johor 2015 bertempat di Amansari Residence and Resort Pasir Gudang Johor.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh UiTM Johor.Pasukan kami telah terpilih untuk membuat pameran di sana di mana hanya 200 pasukan telah terpilih dari 400 permohonan penyertaan.Antara negara yang turut menyertai pertandingan termasuklah negara India, Indonesia , Iran dan Thailand.

Terdapat tiga kategori pertandingan iaitu Science and Technology, Science Social dan Sekolah.

Alhamdulillah kami telah memenangi Silver Medal dan berada pada ranking 9 dari 35 buah sekolah yang bertanding.

Slide36Slide18Slide26

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.