SMIYT KTRG SBT , 7 Disember : Seramai 40 pegawai dan anggota kakitangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor telah mengunjungi sekolah hari ini dalam rangka lawatan rasmi.
Rombongan tersebut telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu , Penolong Kanan Pentadbiran , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM serta semua Ketua Jabatan.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pelaksanaan dan Pembudayaan Kecemerlangan di sekolah ini yang baru sahaja mendapat Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan.