KUALA TERENGGANU, 15 Jun : Program yang bermula semalam disertai oleh semua pelajar tingkatan 1. Ianya akan berakhir pada hari ini.
Sebelum itu Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah merasmikan majlis pembukaan malam tadi dengan dihadiri guru Al-Quran, peserta serta alumni sekolah.
Menurut penyelaras program, Ustaz Syed Sheikh, ianya diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai solat disamping mengetahui hukum sah, batal dalam solat dan sebagainya.
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh semua Guru Al-Quran.
Alumni sekolah juga tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan ilmu kepada peserta. Mereka terdiri daripada Nur A’isyah Humaira binti Ismail dari Institut Pendidikan Guru, Kampung Pendidikan Islam Bangi, Nur A’fini binti Yahya dari Universiti Islam Malaysia, Nabilah Huda binti Abdul Halim dan Nik Norfathiah binti Nik Muhammad Nasir dari Pusat Asasi UIAM, Petaling jaya dan Nurul Najihah binti Harun , lepasan Matrikulasi Kedah.