KUALA TERENGGANU , 31 Ogos : Sambutan sempena Hari Kemerdekaan bagi tahun ini telah disambut dengan penuh gemilang.
Bermula di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah , semua kontinjen dari pelbagai jabatan dan sekolah berkumpul dan mendengar perutusan Hari Kemerdekaan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman , Menteri Besar Terengganu.
Sebanyak 8 kategori dipertandingkan sempena sambutan kemerdekaan ini. Antaranya ialah kategori Sekolah Menengah Tidak Beruniform , Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform , Badan Berkanun Tidak Beruniform , Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Beruniform , Jabatan Swasta , GLC Tidak Beruniform , Sekolah Menengah Beruniform Dan Pancaragam Sekolah.
Sekolah ini telah menghantar satu kontinjen bagi kategori Sekolah Menengah Tidak Beruniform.
Keputusan Rasmi semua kategori. Sila klik DI SINI
Perarakan ini bermula di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Buruk.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI