KUALA TERENGGANU , 14 April : Pihak Jabatan Kimia Kuala Terengganu telah memberikan sumbangan bahan kimia dan radas kepada pihak sekolah baru-baru ini.
Ini merupakan hasil timbal balik kerana pada hujung tahun lepas pihak sekolah telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi yang dikendali oleh guru Inovasi iaitu Cikgu Saripah binti Embong.
Timbalan Pengarah Jabatan Kimia serta beberapa orang Pegawai telah hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut.