KUALA TERENGGANU, 6 Mac : Program ini merupakan satu program tahunan dalam Takwim Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ( JKS ) bagi pelajar PMR dan SPM tetapi telah diperluaskan untuk tingkatan yang bukan peperiksaan bermula pada tahun ini.
Ini merupakan pendedahan kepada cara belajar yang menyeronokkan, mementingkan konsep ” input and output learning ” menyemarakkan semangat berkumpulan ” Team Power ” dan mengetahui prinsip-prinsip dalam mengingat / belajar.
Program ini akan memberi tumpuan kepada 9 subjek PMR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup Bersepadu, Sains, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam.
Gambar selanjutnya