SMIYT KTRG SBT , 2 September : Seramai 12 pelajar dan 2 orang guru terpilih bagi mengikuti program Kolaborasi bersama penuntut di Pesantren Nurul Fikri Boarding School Lembang, Bandung Indonesia baru-baru ini. Guru tersebut ialah Ustazah Zuraida dan Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang juga merupakan Penolong Kanan HEM.
Rombongan sekolah telah bertolak pada 28 Ogos yang lalu dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud seterusnya dari KLIA ke Bandung pada hari yang sama.
Mereka telah diberi pendedahan sistem pembelajaran di sana. Rombongan sekolah telah bertolak pulang pada 1 September 2013. Semoga program seumpama ini akan memberi banyak impak kepada semua pelajar yang terpilih untuk di bawa pulang bagi merealisasikan di sekolah pula.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI