Tag: catur

Kesungguhan Pelajar Hasilkan Kejayaan di Peringkat Negeri Dan Kebangsaan

SMIYT KTRG SBT , 25 Februari : Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah ini yang berjaya mewakili Negeri dalam acara catur ke Peringkat Kebangsaan di Negeri Sarawak pada bulan april ini.

Manakala 2 orang pelajar perempuan yang menyertai bola jaring telah berjaya mewakili daerah ke Peringkat Negeri yang diadakan pada 20 – 21 yang lalu. Terdahulu Pasukan bola jaring sekolah telah mendapat JOHAN dan Naib Johan  MSSDKTS yang telah diadakan pada 15 – 17 Februari yang lalu.

Slide2 (2)

Slide2 (2)Slide3

Tahniah!!!

” AL FATEH DRIVEN UMMAH “

Keputusan Pertandingan Catur KTS 2014

Slide3SMIYT KTRG SBT ,19 Januari : Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam pertandingan catur peringkat daerah Kuala Terengganu Selatan ( KTS ) petang ini

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang yang  akan mewakili Daerah Kuala Terengganu Selatan ( KTS ) untuk ke peringkat seterusnya.

Slide4Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

Imtiaz K.Trg Tuan Rumah Catur Peringkat KTS

Slide3SMIYT KTRG SBT , 28 Januari : Pertandingan catur bagi memilih peserta yang akan mewakili Kula terengganu Selatan ( KTS ) telah diadakan pada petang ini di Dewan Asyatibi.

SM Imtiaz K.Trg telah menjadi tuan rumah dalam kejohanan pada kali ini. ianya diserta beberapa buah sekolah di seluruh Daerah Kuala Terengganu Selatan.

Slide7Slide6Slide4Slide2Slide1

Tahniah!! Khairil Asyraf Naib Johan Catur Peringkat Antarabangsa

Slide72THAILAND , 18 Jun : Pertandingan Catur 14th Asian Age Group Chess Championship 2013 telah diadakan di Mae Ping Hotel, Chiang Mai, Thailand yang bermula pada 5hb dan berakhir pada 14 Jun baru-baru ini menyaksikan 2 orang pelajar sekolah ini yang mewakili Malaysia telah memberikan kejutan apabila memperolehi 1 perak dan 2 gangsa.

Malaysia telah menghantar 41 peserta dan 2 orang daripadanya adalah dari SM Imtiaz Kuala Terengganu. Beliau ialah Khairil Asyraf bin Khairil Anuar dan Mohd Fahim Hanif bin Mohd Fahmi Anwar yang diiringi oleh Cikgu Kadijah binti Abdullah selaku guru pengiring.

Slide1

Dalam pertandingan tersebut, Khairil Asyraf telah mendapat pingat perak melalui kategori Blitz bawah 18 tahun. Manakala Bagi kategori kumpulan, beliau bersama Mohd Fahim Hanif memperolehi pingat gangsa.

Dalam pertandingan ini seramai 520 peserta daripada 14 buah negara telah menyertai pertandingan tersebut. Antaranya ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Myammar, Rusia, India, Monggolia, Indonesia, China, Laos, brunai serta Filipina.

Tahniah dan syabas kepada mereka berdua kerana mengharumkan nama Malaysia, Negeri serta sekolah di peringkat Antarabangsa.

SYABAS PELAJAR SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

Slide85Slide93Slide91

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI