SMIYT KTRG SBT, 28 Januari : Sempena Cegah Aedes Negeri Terengganu, satu aktiviti gotong royong membersih kawasan sekolah dan asrama telah diadakan pagi ini.
Acara dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman yang memaklumkan bahawa semua guru dan pelajar perlu meningkatkan kesedaran tentang bahayanya nyamuk aedes ini yang membawa kepada demam denggi. Selaras dengan seruan Kerajaan Negeri Terengganu, pihak sekolah menyahut cabaran ini dengan mengadakan program gotong royong peringkat sekolah.
Beliau seterusnya merasmikan program ini.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI