Tag: imtiaz kuala terengganu

Karnival Bahasa Inggeris

9df2f9e0-b43f-43c4-9f58-2a84f680ab9aSMK SULTAN AHMAD , 14 April : Setinggi tahniah dan syabas kepada 2 orang pelajar Sekolah ini kerana telah mendapat tempat kedua dalam Karnival Bahasa Inggeris – Poetry Reciation Competition yang diadakan di SMK Sultan Ahmad pada Selasa yang lalu.

Karnival ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Tahniah juga kepada guru pembimbing iaitu Cikgu Rozila binti Muda.

8835ecce-d7f9-41f7-91cc-4233d620f1987dbcb348-6b73-4e56-aa1f-3c38b93a60d59df2f9e0-b43f-43c4-9f58-2a84f680ab9a

Lain Kali Nak Datang Lagi

Slide8SMIYT KTRG SBT , 13 Jun : Kunjungan dari Sek. Keb. Kompleks Seberang Takir pada 12hb memberi kepuasan kepada mereka apabila pihak sekolah menerima kunjungan itu.

Mereka adalah terdiri daripada guru pengiring serta 107 orang murid yang melawat sekolah ini. Mereka juga diberi taklimat ringkas mengenai pencapaian sekolah dan juga melawat persekitarannya.

Slide13Slide81Slide39

Lihat gambar menarik DI SINI

Lawatan Penandaarasan Pengurusan Dari SM Imtiaz Kuala Berang

KUALA TERENGGANU, 6 Mac : Pihak pengurusan Sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah bersama Penolong Kanan serta Setiausaha Sekolah telah menyambut dengan penuh kemesraan rombongan dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang pada jam 9.15 pagi tadi.

Rombongan tersebut seramai 20 orang  terdiri daripada Tuan Pengetua, Cikgu Mohd Yusuf  bin Othman. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sistem pengurusan Sekolah serta ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sekolah ini yang telah diikhtiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rombongan tersebut telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat oleh Penolong Kanan HEM Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd. Ghani dan bilik galeri Sekolah.

Galeri gambar

Indahnya Imtiaz KUTER

KUALA TERENGGANU, 30 Jan : Apabila disebut sahaja SM Imtiaz Terengganu, maka ramailah disebut-sebut sebagai sekolah yang mempunyai harapan tinggi untuk melihat para pelajar cemerlang bukan hanya dari segi akademik tetapi yang lebih penting ialah cemerlang dari segi hafazannya.

Begitu juga dengan SM Imtiaz Kuala Terengganu, ianya begitu sinonim dengan aktiviti seumpama itu.Indahnya SM Imtiaz dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai sehingga sekolah ini diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia serta mendapat penganugerahan Tawaran Baru Pengetua ( New Deals )