Tag: inovasi

Team Inovasi Sekolah Ditawarkan Ke Romania

 

a8045ddf-0968-441d-9548-6b32668d7116

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS , 10 April : Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Saripah binti Embong bersama 3 orang pelajar telah mendapat penghargaan yang begitu tinggi apabila ditawarkan membuat pameran di Romania bermula 19 hingga 21 Mei 2016.

International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-envex 2016) yang bermula pada 8-10 april 2016 telah diadakan di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ) yang disertai sebanyak 20 buah Negara dan 123 buah high School. SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dalam kategori A iaitu Agriculture,Environmental and Renewable Energy.

Sekolah ini telah mencapai gold Prize dan Special Award daripada Romanian Inventors Forum (RIF) iaitu special price:Free Booth at 8th European Exhibition of Creativity and Innovation 19-21 may 2016 di Iasi-Romania. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu Afrina Mardhiah bt Ab Manan ,Nur Athirah bt Noor Asa’ari, Hanie Hayatie bt Hashim dan guru pembimbing iaitu Cikgu Saripah bt Embong dan Cikgu Mokhtar bin Sidek.

Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah terutamanya anak-anak Al Fateh.

1fed0c08-4181-4990-9b87-1cad26f9c4921636b8f1-ff75-4f7a-bb82-096b24a8f6c3b4e6fa05-2f6f-48df-9fbf-3a74a8377e33

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Kaohsiung International & Invention Design Expo 2015 Taiwan

IMG-20151206-WA0083

TAIWAN , 7 Disember : Dalam usaha memartabatkan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, Sekolah Berprestasi Tinggi yang juga menerima Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan ke Peringkat Antarabangsa , tidak kira musim cuti persekolahan .

2 pasukan rekacipta SM Imtiaz YT Kuala Terengganu Al Fateh Inventors telah menyertai pertandingan rekacipta KIDE 2015. Ianya telah diadakan pada 4 – 7 Disember 2015 bertempat di Kaohsiung International & Invention Design Expo 2015 Taiwan yang melibatkan 7 orang pelajar yang dibimbing oleh Cikgu Saripah Embong dan dibantu oleh Cik Mariam Rokayyah dan diketuai oleh Encik Rozman bin Mat Hazin ( Penolong pengarah Unit Kualiti & Inovasi BPI KPM.

Pasukan Al Fateh Inventors juga telah dibimbing oleh Fasilitator BPI iaitu Encik Taufik Suhaimi Ahmad. Dalam Expo ini , pasukan rekacipta dari sekolah ini telah mencapai kejayaan yang cemerlang iaitu mendapat GOLD MEDAL dari World Invension Intellectual Property Association ( WIIPA ) bagi rekacipta Dr Duster With Green Cleaner. Manakala rekacipta The Miracle of Multipurpose Soap telah menerima SILVER MEDAL juga dari WIIPA.

Pasukan rekacipta sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama pengurusan sekolah , guru-guru dan staff, pihak SBT , Yayasan Terengganu , Pihak BPI KPM, para penyarah UMT , Dr Zamzahaila , Encik Mohamad Husin, Dr Mohd Nizam Lani, Dr Yusnita, RA Puan Fadlina, Cik Adila, UNIMAP terutama Prof. Dr Mustafa Al Bakri, Para ibubapa keluarga , MPIBG , pihak Swasta AAS Enterprise , Arrayan, Man Advertising, Martinet System dan rakan – rakan yang yang banyak membantu sehingga mendapat anugerah di peringkat Antarbangsa.

IMG-20151206-WA0082IMG-20151206-WA0100IMG-20151206-WA0105

Klip video

Kuala Lumpur Engineering Science Fair 2015 Peringkat Antarabangsa

Slide10Pada 30 Oktober hingga 1 November , Pasukan Al Fateh Inventors A dengan produk DR DUSTER WITH GREEN CLEANER telah menyertai Pertandingan Kuala Lumpur Engineering Science Fair 2015 Peringkat Antarabangsa bertempat di MINES International Exhibition &  Convention Centre, MINES, Seri Kembangan.

Program ini adalah anjuran bersama ASEAN Academy of Engineering and Technology (AAET), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), UniversitiTunku Abdul Rahman (UTAR), The Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Pusat Sains Negara (PSN).

Pasukan kami telah dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut. Alhamdulillah kami telah memenangi Gold Medal serta wang tunai sebanyak RM500.00 dan berada pada ranking ke-2 dari 132 buah sekolah ASEAN  yang bertanding. Antaranegara ASEAN yang bertanding termasuklah Filipina, Cambodia,dan Thailand. Sebahagian besar sekolah yang bertanding mewakili Malaysia adalah MRSM, SekolahMenengah Sains danMaz International School

SIJIL PENYERTAAN

GOLD MEDAL, SIJIL DAN WANG TUNAI RM 500.00

Slide7Slide15Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION AND DESIGN JOHOR IIID 2015

Slide53Pada 29 hb Oktober  2015, Pasukan L AL Fateh B dengan Kajian/Produk bertajuk The Miracle of Multipurpose Soap: Novely, telah menyertai Pertandingan International Invention, Innovation & Design Johor 2015 bertempat di Amansari Residence and Resort Pasir Gudang Johor.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh UiTM Johor.Pasukan kami telah terpilih untuk membuat pameran di sana di mana hanya 200 pasukan telah terpilih dari 400 permohonan penyertaan.Antara negara yang turut menyertai pertandingan termasuklah negara India, Indonesia , Iran dan Thailand.

Terdapat tiga kategori pertandingan iaitu Science and Technology, Science Social dan Sekolah.

Alhamdulillah kami telah memenangi Silver Medal dan berada pada ranking 9 dari 35 buah sekolah yang bertanding.

Slide36Slide18Slide26

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI