SEBERANG TAKIR , 13 Jul : Seramai 131 pelajar yang terdiri daripada 67 pelajar perempuan dan 64 pelajar lelaki telah menyertai program ini yang bermula 12hb dan akan berakhir 14 Julai 2012.
Program ini telah diadakan di Kem Askar Melayu 18, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk pemantapan jati diri dan kepimpinan pelajar. Ianya juga bertujuan meningkatkan semangat setiakawan an kerjasama serta sikap bertanggungjawab dalam satu kumpulan. Disamping itu juga untuk meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal dikalangan pelajar.
Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI
Lagak ‘stunt’ SILA KLIK DI SINI