SMIYT KTRG SBT , 13 Julai : Kaji selidik mengenai kepimpinan Pengetua telah diadakan pada 12 julai. Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi , Tugas sebagai pengetua di sekolah ini amatlah diambil kira agar ianya dapat memacukan pembangunan sekolah samada sistem pembelajaran , pengurusan guru serta staff dan juga kemenjadian murid ke arah yang lebih matang dan menjadikan sekolah ini sekolah yang sesuai dengan nama Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).
Pegawai dari Institut Aminuddin Baki ( IAB ) Encik Aziz bin Salleh telah mengunjungi sekolah ini bagi tujuan tersebut. Hasil Kajian nanti akan dibentang dan diumumkan di Taiwan pada bulan Disember nanti.