SMIYT K.TRG SBT , 11 Januari : Bagi melahirkan pelajar yang cergas dan sihat serta bertenaga, SMIYT K.Trg SBT mengambil pendekatan seperti tahun lalu dengan mengadakan kawad pagi setiap pagi jumaat di dataran Imtiaz.
Kawad pagi ini dikawal selia oleh Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim, Penyelia Tugas Khas yang telah dilantik oleh Pihak Yayasan Terengganu. Beliau juga merupakan bekas jurulatih PLKN.
Bermula jam 7.30 pagi, pelajar perempuan terlebih dahulu berkawad sehingga jam 8.30 pagi. Manakala pelajar lelaki bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Ianya menjadi rutin mingguan iaitu minggu di mana pelajar tidak pulang ke kampung.