SMIYT KTRG SBT , 23 Februari : Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Khemah Ibadah peringkat Kebangsaan telah diadakan hari ini. SM Imtiaz Yayasan Terengganu telah dipilih sebagai Tuan rumah bagi Karnival Khemah Ibadah ini.
Antara yang hadir dalam mesyuarat ini ialah Puan Hajjah Kamariah binti Isa , Timbalan Pengarah , Bahagian Dakwah & Syiar Islam , BPI KPM , Tuan Haji Mat Sor , Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Ustaz Awi bin Salleh , Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam, JPNT , Semua Gurubesar serta pegawai-pegawai dari JPNT.
Ianya bertujuan untuk membincangkan tentang persiapan Karnival Khemah Ibadah kali ke 3 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan April ini.