Tag: koperasi sekolah

Tahniah!! Koperasi Sekolah Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan 2012

Sebanyak 12 buah koperasi seluruh Negara telah menyertai program Homestay PKS  Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Perkampungan Ulu Legong, Baling Kedah baru-baru ini.

Semua Koperasi telah mempersembahkan hasil aktiviti masing-masing untuk dinilai oleh para hakim.

Setelah diumumkan keputusan pada 11 November 2012, Koperasi Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu Berhad telah menewaskan 9 koperasi lain dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Tempat pertama dimenangi oleh SMK Batu Kikir, Negeri Sembilan, Naib Johan dari SMK Gombak Setia, Selangor.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dalam program tersebut yang diketuai oleh Cikgu Herdawati binti Muda, Cikgu Marlina Akmal binti Jusoh sebagai guru pengiring. Manakala pelajar pula terdiri daripada YM Adik Syed Ahmad Akram bin Syed Habit Mustafa, Adik Ahmad Shahir bin Sabudin, Adik Izzat Hakimi bin Ahmad Ariza, Adik Muhammad Fahim Hanif bin Fahmi Anuar, Adik Ahmad Syarafuddin bin Syamsul Amri, Adik Muhammad Hakim bin Suhaimi, Adik Nur Nazifa Nadhirah binti Mat Noh, Adik Rahmah Munawwarah binti Muhammad Safir, Adik Ayani Nazirah binti Daud dan Adik Nur Amanina  binti Kamal.

Syabas dan tahniah

Program Koperasi Sekolah

KUALA TERENGGANU , 13 September : Seramai 40 orang pelajar termasuk guru pengiring dari Sekolah Menengah Tengku Laksamana, Kedah telah mengunjungi sekolah ini. Mereka tel;ah tiba jam 10 pagi tadi.

Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk mengetahui sistem sekolah ini dan mengenai keistimewaan pakej PKS.

Pada hari pertama kunjungan mereka, mereka telah di bawa ke Nor Arfa Batik bagi melihat dan seterusnya mencuba mencanting batik.

Pada hari kedua(esok) mereka akan dibawa ke Taman Tamadun Islam ( TTI ), Pasar Payang Kuala Terengganu.

Semoga kunjungan mereka ini akan menjadi kenangan yang manis apabila pulang ke negeri sendiri nanti.

PROGRAM PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) TERBARU

HULU TERENGGANU,  30 MAC :  SERAMAI 32 PELAJAR DAN4 ORANG GURU IAITU PN.HERDAWATI,EN.ABDUL HADI, CIK MARLINA AKMAL DAN EN.SARIFUDIN DARI SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU SKK KERJASAMA PKS  ANGKASA DAN PROJEK KECEMERLANGAN SMA 2012 TELAH BERJAYA MENGIKUTI SATU PROGRAM ‘ADVENTUROUS OUTDOOR’ YANG SANGAT MENARIK DAN MENERUJAKAN IAITU PROGRAM LAWATAN BIAK KELAH DI LUBUK KELAH KENYIR,TERENGGANU.

PERISTIWA MENARIK YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN TATKALA BERMESRA DAN MEMEGANG SENDIRI RIBUAN KELAH YANG BEGITU JINAK SEKALI. PERJALANAN YANG MEMAKAN MASA SELAMA 5 JAM MENAIKI ‘HOUSE BOAT’ DAN 30 MINIT MENAIKI’SPEED BOAT’ TERASA BERBALOI SELEPAS TIBA DI LOKASI LUBUK BERKENAAN.PUAS MELIHAT GELAGAT IKAN-IKAN KELAH YANG MENGGIGIT TANGAN SELEPAS DIBERI MAKANAN IKAN YANG DIBELI DENGAN HARGA RM2  SEPEKET.

 

PIHAK KOPERASI AKAN MENGORAK LANGKAH UNTUK MELANGKAH LEBIH JAUH DENGAN MEMPERKENALKAN PRODUK PKS KE KENYIR DENGAN AKTIVITI PERCUTIAN YANG MENARIK INSYA-ALLAH..KETERANGAN LANJUT BOLEH DISEMAK DI DALAM BLOG SEKOLAH SELEWAT-LEWATNYA MINGGU HADAPAN.

 

Gambar Menarik

Pakej Menarik Koperasi Sekolah

Koperasi Sekolah kini menawarkan pakej pelancongan menarik. Pelbagai destinasi ditawarkan.

PAKEJ 2HARI 1 MALAM

HARI PERTAMA

8.00 – 9.00 pg Pendaftaran Tamu

Persiapan Diri (check In)

10.30 pagi Taklimat Kump . & Minum Pagi

1.00 –2.15 ptg Makan Tengahari / Solat Zohor

2.30 ptg Majlis Perasmian

3.00 ptg Pengenalan Sekolah

Mengenali Hos & Pengenalan Tokoh

Ronda-ronda Sekolah

5.00 – 6.30 ptg Sukaneka

6.30 ptg Makan Malam

9.00 –10.30 mlm Kebudayaan

11.00 malam Minum Malam

HARI KEDUA

800 – 830 Taklimat Lawatan

9.00 – 10.00 Syahbandar –Menyusuri Sungai

Terengganu ke TTI

1030 – 12.00 Ke Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal)

1.00 – 2.00 Makan Tengahari Solat Zohor

2.00 – 2.45 Perkampungan Keropok Losong

300 – 4.15 Membeli-belah diPasar Payang, Bazar

Warisan & Paya Keladi

4.30 – Ke Masjid Terapung _solat Asar

Penutup. Bersurai

1715 – 1830 Ke Dataran Syahbandar

Majlis Penutup

  • Minum Petang

 

PAKEJ KETIGA (3 HARI 2 MALAM)

HARI PERTAMA

1100 – 1315 Pendaftaran Tamu

Majlis Pendaftaran

1330 – 1400 Makan Tengahari / Solat Zohor

1415 – 1630 Pengenalan Sekolah dan Hos

Ronda-ronda Sekolah

1630 – 1700 Solat Asar / Minum Petang

1715 – 1830 Melawat ke Syurga Tudung.

1845 – 1900 Makan Malam

2100 – 2300 Pengenalan Tokoh

 

HARI KEDUA

700 – 730 Senaman Qi Gong

730 – 830 Sarapan Pagi

830 – 930 Lawatan Ke Nor Alfa Batik

1000 – 1130 Membeli Belah Di Pasar Payang

1130 – 1200 Ke Taman Tamadun Islam (TTI) dengan

menaiki Bot Penambang/ Bas Bandar

Ronda-ronda TTI (Masjid Kristal)

Makan Tengahari / Solat Zohor

1430 – 1530 Melawat Muzium Negeri Terengganu

Singgah membeli keropok lekor.

1700 – 1800 Solat Asar / Minum Petang

2000 – 2300 Formal Dinner /Malam Kebudayaan

HARI KETIGA

700 – 730 Sarapan Pagi

730 – 800 Mengikuti Program Tasmi’ – Hafiz Al Quran

1015 – 1315 Sesi Bergambar

1330 – 1415 Solat Zohor /Makan Tengahari

1430 Majlis Penutup

 

 

KEISTIMEWAAN PAKEJ KAMI :

  • HARGA BOLEH DIRUNDING…

MAKANAN DAN MINUMAN TRADISIONAL TGANU

 

CENDERAMATA TANDA KENANGAN

 

AKTIVITI MENYERONOKKAN

 

NIKMATI LOKASI KEINDAHAN DI NEGERI

TERENGGANU DARUL IMAN.

Peta Negeri Terengganu klik di sini

Tempat menarik sila klik di sini

Lokasi menarik sila klik di sini

Untuk tempahan sila berhubung terus kepada :

CG.HERDAWATI MUDA / CIK AISHAH

KOPERASI KOSPINT BERHAD

SEK.MEN IMTIAZ K.TERENGGANU

SERADA, 20050 K.TERENGGANU

 

HP : 019-9265950 (CG.HERDA)

PHONE : 09-6195111 (TALIAN PEJABAT)