KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya sekolah ini telah mencipta sejarah apabila menerima anugerah Kualiti Menteri Pendidikan tahun 2014 bagi kategori Sekolah Luar Bandar yang diadakan pada 20 November baru-baru ini.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Yasin Menteri Pendidikan Merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia . Dengan anugerah tersebut SM Imtiaz YT Kuala Terengganu membawa pulang RM50,000.00.
Kepada semua warga pendidik , Kakitangan serta pelajar diucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan Sekolah ini menerima anugerah berprestij itu.
Tahniah dan Syabas!!!