SMIYT KTRG SBT , 25 Julai : Projek Kecemerlangan SPM 2013 telah mengambil pendekatan dengan melancarkan 100 Hari Menjelang SPM 2013 yang telah diadakan pagi tadi yang telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh YM Tg. Mohd Yusuff bin Tg. Mansor, Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, PPD Kuala Terengganu. Turut mengiringi beliau ialah puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan semua guru yang mengajar tingkatan 5.
Antara matlamat program ini adalah memastikan para calon SPM sentiasa bersedia dalam bentuk perkongsian ilmu, maklumat , kemahiran , sumber tenaga dan daya saing pihak pengurusan sekolah, guru dan pelajar dalam menghadapi SPM.
Disamping itu memastikan bahawa tahap kebersediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan adalah pada tahap terbaik dan optimum. Juga meningkatkan prestasi setiap pelajar secara individu, prestasi mata pelajaran dan prestasi sekolah amnya dalam peperiksaan SPM 2013.
Ianya juga menjadi pemangkin untuk pelajar mengenali potensi diri, mengukur kemapuan dan menyasarkan targer yang jelas dalam peperiksaan SPM 2013 yang merupakan penentu masa depan pelajar.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah
1. Pelancaran projek SMA 2013
2. Networking bersama SM Sains Faris Petra SBT
3. Kolaborasi bersama SESMA
4. Program Science World ( Fizik, Kimia, Biologi )
5. Kem Zera G Di Angulia
6. mKem Cuti Terancang
7. Program ‘Heart To Heart ‘
8. Jadual anjal berkala
9. Program Anak Angkat Pengurusan
10. Program pecutan sehabis daya bersama Imtiaz Besut
11. Temu Murni & Solat hajat.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI