Tag: pmr

Penyerahan ‘Anak Angkat’

KUALA TERENGGANU, 8 Feb : Sempena Program ‘ Masih Ada Harapan ” satu majlis penyerahan ‘anak angkat’ kepada pihak pengurusan sekolah telah diadakan pagi ini di dataran Anjung kasih di bawah Projek Aspirasi Mutiara Terbilang PMR 2012.

Majlis ini telah disaksikan oleh semua Penolong Kanan, Pengarah Projek PMR 2012, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip juga merupakan Penolong Kanan Ulul Albab, Penyelaras Projek PMR 2012, Cikgu Rozila binti Sulong serta  semua guru yang mengajar kelas tingkatan 3. Dalam majlis ini juga, Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan 3 Penolong Kanan yang terdiri dari Penolong Kanan Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya telah menerima ‘anak angkat’ tersebut.

Bertujuan untuk melihat mereka ini terus berusaha ke arah kecemerlangan akademik serta sahsiah seterusnya mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.

Majlis ini dimulakan dengan lafaz ikrar oleh semua pelajar tingkatan 3 di hadapan semua pihak pengurusan serta guru yang mengajar di tingkatan 3. Seterusnya penyerahan ‘anak angkat’ yang dimulai dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Akademik dan terakhir Puan Pengetua sendiri.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Ujian TOV Bermula

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 hari ini telah menduduki ujian Take of Value(TOV).

Bagi tingkatan 3, ujian ini bermula pada 29hb Januari dan akan selesai pada 2 Febuari 2012, manakala tingkatan 5 bermula 29hb januari dan berakhir pada 15 Febuari 2012.

Ketika meninjau kelas tersebut, semua pelajar sedang menjawab soalan dengan tekun sekali. Semoga mereka akan beroleh kejayaan.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar seterusnya

Peperiksaan PMR 2011 Berakhir Hari ini

KUALA TERENGGANU, 11 Okt: Lihatlah wajah mereka, begitu ceria sebaik sahaja peperiksaan PMR selesai jam 10.40 pagi tadi.

Seramai 119 pelajar Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) Imtiaz Kuala Terengganu telah menduduki peperiksaan tersebut. Semoga keputusan yang akan diumumkan nanti akan mendapat kelulusan yang terbaik.

Tahniah dan syabas untuk pelajar PMR SKK Imtiaz Kuala Terengganu

PMR 2011 Bermula


KUALA TERENGGANU, 4 Okt: Seramai 119 pelajar Sek. Kluster Kecemerlangan Imtiaz K.Trg yang terdiri daripada 56 pelajar lelaki dan 63 pelajar perempuan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 yang bermula pada hari ini.

Semua calon kelihatan berada berhampiran Dewan Peperiksaan untuk membaca doa selamat sebelum memasuki dewan tersebut.

Pengerusi MPIBG, Tuan Haji Mohd Zulkifli, Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , semua Penolong Kanan serta guru kelihatan sama-sama berada di sana untuk memberi  kata-kata semangat kepada calon PMR.

Turut berada di sana  ialah ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anak mereka  dalam Peperiksaan itu nanti.

Didoakan agar calon PMR 2011 dapat menjawab soalan dengan tenang.