KUALA TERENGGANU, 2 Okt: Semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR yang bermula 4 Okt 2011 telah menghadiri satu majlis mohon restu agar diberikan ketenangan bagi menduduki peperiksaan itu nanti.
Hadir sama dalam program yang di adakan di Surau Tok Ku Pulau Manis ini ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan HEA, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Semua Ketua Jabatan serta guru.
Semoga majlis ini akan diberkati oleh Allah dan semua bakal calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut mendapat kerahmatan dan dapat menjawab soalan dengan penuh ketenangan.