SMIYT KTRG SBT , 12 Februari : Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia ( ANGKASA ), Datuk Abdul Fattah bin Abdullah telah melawat sekolah ini pada Ahad yang lalu. Kehadiran beliau bersama Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu , Mohamed Jais bin Hassan adalah bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan koperasi sekolah kerana sekolah ini akan menjadi tuan rumah bagi program Pelancongan Koperasi Sekolah ( PKS ) Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada mei depan yang dijangka dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris bin Jusoh.
Pemilihan sekolah ini berdasarkan kerana koperasi sekolah antara yang terbaik diperingkat Nasional lebih-lebih lagi telah dinobatkan sebagai Pelancongan Koperasi Sekolah 7 Bintang dan terbaik kebangsaan pada 2014.
Tahniah dan syabas.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI