KUALA TERENGGANU, 26 Dis: Dengan kehadiran pelajar seramai 349 orang pada petang semalam maka bermulalah Program Hafazan dan Kelas Akademik.
Menurut Ketua jabatan Al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memantapkan diri pelajar dengan menghafal Al-Quran lebih awal bagi persediaan tahun 2012 nanti. Walaupun seminggu lebih awal dari pelajar sekolah lain, beliau merasakan kaedah ini amatlah sesuai untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang khatam Al-Quran 30 juzuk sepertimana yang telah dilaksanakan pada tahun 2010.
Pada masa yang sama , kelas akademik juga terus diadakan kepada semua pelajar terutama kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM 2012 nanti.
Malam tadi Penolong Kanan HEM, Tuan Hai Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, telah menyampaikan taklimat kepada semua pelajar.
Walaupun program ini diadakan dalam cuti persekolahan akhir tahun, namun begitu ketika meninjau program ini berjalan, ramai pelajar yang begitu gembira kerana persiapan awal ini akan memberikan semangat yang baru kepada mereka bagi menghadapi sesi 2012 nanti.