Tag: sumur

Pengetua Rasmi Pelancaran Kempen 6s

d4aa96a7-21a4-4b49-bd05-5f7bc44c7f19SMIYT KTRG SBT , 5 Mac : Ustaz Md Imran bin Md Nor , Pengetua sekolah ini telah merasmikan pelancaran Kempen 6s di Dataran sekolah pagi ini. Turut hadir ialah Semua Penolong Kanan , Guru-guru serta pelajar.

6s tersebut ialah Senyum, , Salam , Sapa , Sayang , Sopan dan Syukran. Semoga kempen ini akan memberi manfaat semua warga Imtiaz Kuala Terengganu.

79df91e3-367f-4673-a8ec-1d8403793d7d

 

Tuan Haji Abdul Razak Rasmi SUMUR 2014

Slide8SMIYT KTRG SBT , 16 Mac : Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) telah dirasmikan hari ini oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Jusoh , Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Antara objektif program ini ialah menyemarakan amalan beridat dan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar. Selaian bertujuan menyuburkan budaya berbudi bahasa serta membina jati diri, tetap pendirian , semangat juang yang tinggi dan menggalakkan pelajar supaya berpenampilan selari dengan pandangan islam.

Program ini merupakan salah satu program yang telah dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Islam untuk SMKA , SMA dan SABK.

Selepas merasmikan program tersebut, beliau telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan watikah perlantikan naqib dan naqibah.

Slide1Slide30Slide45

Gambar penerima watikah perlantikan naqib dan naqibah sila klik DI SINI

 

Koperasi Sekolah dan SUMUR Anjuran Bersama Ceramah Israk & Mikraj

KUALA TERENGGANU , 26 Jun : Unit HEM yang kendalikan oleh Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) dengan kerjasama Koperasi Sekolah telah menganjurkan satu program Ceramah Israk & Mikraj sempena Bulan Kebesaran Islam dan Hari Koperasi Sekolah 2012.

Program ini di adakan di dewan Asyatibi bermula jam 3 petang. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu YM Ustaz Syed Abu Bakar bin Tuan Taufik dari SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi menyerikan lagi program tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru serta semua pelajar.

Gambar selanjutnya

Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNT Rasmi Pelancaran SUMUR

KUALA TERENGGANU, 19 Mac : Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) telah di adakan pada petang tadi di Dewan Asyatibi.

Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Razak bin Jusoh, Pegawai Perhubungan Sekolah. Kedua-dua tetamu khas ini telah disambut oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, semua Penolong Kanan, Ketua Jabatan serta guru dan pelajar.

Menurut Pengarah Program, Ustaz Syed Sheikh, program SUMUR ini adalah untuk  membentuk Generasi Ulul Albab dan juga penjenamaan semula sahsiah unggul murid yang tersusun agar ianya berjalan dengan kemas dan berjadual. Ianya telah dicetuskan oleh bekas Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussien dan telah disambut baik oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan modul 5C iaitu murid Contoh, murid Cerdas, murid Cerdik, murid Cergas dan murid Ceria.

Dalam ucapan aluan pengetua, beliau memaklumkan bahawa SUMUR ini  telah dijalankan semenjak tahun lepas lagi dan pada tahun ini hanya sebagai satu kesinambungan yang perlu menjadi tanggungjawab pihak sekolah bagi mempastikan kecemerlangan akhlak semua pelajar disamping kecemerlangan akademik.

Beliau amat berterima kasih atas kehadiran Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh walaupun banyak program yang perlu dihadiri namun beliau sangat berbesar hati untuk hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Gambar pelancaran