THAILAND , 18 Jun : Pertandingan Catur 14th Asian Age Group Chess Championship 2013 telah diadakan di Mae Ping Hotel, Chiang Mai, Thailand yang bermula pada 5hb dan berakhir pada 14 Jun baru-baru ini menyaksikan 2 orang pelajar sekolah ini yang mewakili Malaysia telah memberikan kejutan apabila memperolehi 1 perak dan 2 gangsa.
Malaysia telah menghantar 41 peserta dan 2 orang daripadanya adalah dari SM Imtiaz Kuala Terengganu. Beliau ialah Khairil Asyraf bin Khairil Anuar dan Mohd Fahim Hanif bin Mohd Fahmi Anwar yang diiringi oleh Cikgu Kadijah binti Abdullah selaku guru pengiring.
Dalam pertandingan tersebut, Khairil Asyraf telah mendapat pingat perak melalui kategori Blitz bawah 18 tahun. Manakala Bagi kategori kumpulan, beliau bersama Mohd Fahim Hanif memperolehi pingat gangsa.
Dalam pertandingan ini seramai 520 peserta daripada 14 buah negara telah menyertai pertandingan tersebut. Antaranya ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Myammar, Rusia, India, Monggolia, Indonesia, China, Laos, brunai serta Filipina.
Tahniah dan syabas kepada mereka berdua kerana mengharumkan nama Malaysia, Negeri serta sekolah di peringkat Antarabangsa.
SYABAS PELAJAR SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI