PAHANG : Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan pelajar sekolah ini yang berjaya mendapat pingat gangsa dalam pertandingan Mahrajan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sekolah Sukan Malaysia, Pahang bermula 30 Mei – 2 Jun yang melibatkan semua Negeri.
Mohd Riezman Hafiz bin Radzuan pelajar tingkatan 4 yang begitu sinonim dengan Mahrajan ini telah mewakili Negeri Terengganu bersama peserta dari sekolah lain. Beliau mengharumkan nama Negeri Terengganu amnya dan sekolah khasnya apabila pasukan lelajki berpasukan telah menggondol pingat gangsa.
Pingat Emas – Negeri Kedah
Pingat Perak – Negeri Selangor
Pingat Gangsa – Negeri Terengganu
Tahniah dan Syabas.