KUALA TERENGGANU , 22 Oktober : SM Imtiaz K.Trg hari ini melakar sejarah apabila pelajar sekolah ini menduduki tempat ketiga dalam kategori G-Math , Sains dan ICT peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SESMA Kuala Terengganu.
Ia merupakan aktiviti pasca PMR yang disertai oleh 7 buah sekolah dari Negeri Terengganu , Kelantan dan Pahang. Kesemua sekolah tersebut merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).
Terdapat 4 jenis pertandingan yang diadakan iaitu Sudoku , G-Math , ICT dan Sains.