KUALA TERENGGANU, 10 Sept: Bagi menjamin semua kakitangan mendapat santapan rohani, setiap minggu iaitu pada pagi selasa , satu tazkirah ringkas telah diadakan di bilik mesyuarat.
Penyampai tazkirah ialah semua pihak Pentadbiran Sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua dan semua Penolong Kanan mengikut giliran masing-masing.
Ini bertujuan untuk memberikan sedikit kesegaran minda untuk santapan rohani. Semoga tazkirah seumpama ini akan memberikan hasil yang baik untuk dijadikan amalan sebelum memulakan kerja seharian.